BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Treler terbakar di Pan Borneo



BINTULU: Sebuah treler yang membawa muatan lapan buah kereta terbakar di Batu 16,Jalan Bintulu-Miri, di sini,petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 2.16 petang.


"Pasukan Gerakan Operasi(PGO) Sarawak menerima panggilan dari MERS 999 dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu ke lokasi.

"Enam buah kereta termasuk treler terbakar keseluruhan manakala dua buah kereta lagi terselamat daripada kebakaran,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, anggota Bomba terus membentang dua aliran 200 kaki, kebakaran berjaya dikawal dalam 30 minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3.15 petang dan tidak melibatkan sebarang kecederaan,"ujarnya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »