BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tongkang muatan balak ditahan


MIRI, 5 Mac – Bot tunda bersama tongkang membawa muatan kayu balak yang dioperasikan oleh kru warga Indonesia ditahan disini, semalam .


Kepten Maritim Md Fauzi bin Othman berkata, pihaknya telah melakukan rondaan rutin di perairan Miri dan telah mengesan bot tunda yang sedang menunda tongkang berkenaan. 


Pada jam lebih kurang 7.40 malam 04 Mac 2020, pemeriksaan telah dilakukan pada jarak lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Kuala Baram. 


Pada masa yang sama, pemeriksaan mendapati bahawa tiada perlepasan pelabuhan ke atas kayu balak seberat lebih kurang 1125 tan metrik dan seramai empat (4) daripada kru bot warga Indonesia memiliki passport yang telah luput.   

“Bot tunda dan tongkang bersama empat (4) kru berkenaan yang berumur lingkungan 27-57 tahun, ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kesalahan yang dilakukan disyaki dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959,” tambahnya lagi.


Maritim Malaysia akan terus memperketatkan rondaan demi membanteras jenayah diperairan negara.




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »