BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tindakan keras pastikan S'wak bebas Covid-19


KUCHING: Semua warga asing (tanpa mengira kewarganegaraan) yang pernah ke Korea Selatan dalam 14 hari lalu akan dihalang daripada memasuki negeri ini. 

Sarawak mengambil tindakan tegas berkenaan yang dikuat kuasa bagi memastikan Sarawak bebas dari wabak Covid-19.
 
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) berkata, arahan pelawat warganegara Malaysia (bukan penduduk Sarawak) dan rakyat Sarawak yang pernah ke China dalam 14 hari lalu adalah kekal sama. 

Katanya, semua warganegara Malaysia (bukan penduduk Sarawak) yang pernah ke Korea Selatan dan China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan) dalam 14 hari lalu adalah dinasihatkan tidak melawat Sarawak sehingga selesai kuarantin di rumah selama 14 hari dan didapati tidak dijangkiti  Covid-19. 

"Rakyat Sarawak dan dan penduduk tetap Sarawak, 

pemegang visa kerja dan pelajar yang pernah ke Korea Selatan dan China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan) dalam 14 hari lalu diwajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari," katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, kesemua pengunjung dari negara yang terkesan dengan COVID-19 seperti Taiwan, Singapura, Itali, Iran dan Jepun adalah dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »