BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Timbalan Pengetua Tadika Swasta positif Covid-19


KUCHING: Timbalan Pengetua sebuah tadika swasta disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di hospital.

Pengarah Tadika itu dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa hospital masih dalam proses menyiasat bagaimana mangsa mendapat jangkitan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan kakitangan dan pelajar sekali gus mematuhi peraturan dikeluarkan pihak berkuasa.

"Kami telah mengarahkan orang-orang yang mempunyai hubungan rapat dengan mangsa mengkuarantinkan diri selama 14 hari," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggesa ibu bapa mengawasi suhu dan kesihatan anak mereka sepanjang.

Katanya, pengurusan Tadika juga akan menjalankan pembersihan secara menyeluruh di semua bangunan.

Menurutnya, semua kakitangan telah bekerja di rumah dari 18 hingga 31 Mac.

"Kami akan terus memberi kerjasama secara langsung dengan Pengurusan Bencana Negeri dan pihak berkuasa," katanya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »