BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga suspek kes pecah kedai ditangkap

KUCHING: Tiga lelaki tempatan  yang dipercayai terlibat kes pecah kedai di daerah ini berjaya ditangkap  pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Balai Polis Sentral IPD Kuching yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Sentral telah berjaya menangkap tiga suspek lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 28 - 35 tahun di sekitar bandaraya Kuching.

"Dalam tangkapan tersebut pihak polis berjaya merampas beberapa barangan yang dipercayai merupakan barang kes dalam kejadian pecah kedai di Lorong Cathay Kuching yang dilaporkan Isnin lalu.

"Suspek masuk ke dalam kedai jualan barangan kulit dengan merosakkan pintu utama.

"Antara barangan yang dilarikan ialah pelbagai dompet kulit , tali pinggang kulit , topi  dan cermin mata yang dianggarkan bernilai RM5,800,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara barangan yang berjaya dirampas semula daripada suspek ialah dua tali pinggang , satu dompet dan satu cermin mata milik kedai tersebut. 

"Soal siasat lanjut masih diteruskan untuk mengesan barang kes lain,"ujarnya.

Beliau berkata,dengan tangkapan di atas pihak Polis IPD Kuching telah berjaya menyelesaikan kes.

"Kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan salah seorang suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk dadah," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana memperuntukkan hukuman penjara lima tahun sehingga boleh dilanjutkan kepada 14 tahun atau denda dan sebat jika sabit kesalahan. 

Permohonan reman ke atas ketiga-tiga suspek telah diluluskan selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kuching mulai semalam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »