BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga helikopter bomba boleh diguna untuk penugasan Covid-19


KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Tiga helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) boleh digunakan bagi menghadapi pelbagai situasi bencana, termasuk COVID-19.

Tiga aset JBPM itu adalah tiga helikopter dari Itali.
Pegawai Memerintah Pangkalan Udara JBPM Subang, Muhammad Saiful Nizam Samsuddin berkata, Unit Udara JBPM memiliki tiga aset - dua Agusta Westland AW189 dan satu Agusta Westland AW139 - yang boleh digerakkan ketika ini.

“Seramai 120 pegawai dan anggota bersiap sedia bagi kesiapsiagaan pesawat sekiranya ia digerakkan. Buat masa ini, kawasan pengoperasian pesawat dapat dilaksanakan di Semenanjung.

"Pihak bomba sentiasa bersedia menghadapi bencana COVID-19 ini dari segi pemindahan pesakit ataupun barang dan peralatan," katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), di sini.

Beliau berkata persediaan yang lengkap bagi menangani masalah COVID-19 telah dirangka oleh JBPM dan akan terus diaktifkan sekiranya perkhidmatan ketiga-tiga aset itu diperlukan.
-- Bernama

Helikopter bomba semasa membantu menghantar makanan mangsa banjir

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »