BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga hari berturut-turut Wuhan bebas kes baharu Covid-19


WUHAN, 21 Mac -- Tiada kes baharu dilaporkan di Wuhan untuk tiga hari berturut-turut, selepas bandar terletak di wilayah Hubei, China itu bertarung selama sebulan untuk memerangi wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. 

Suruhanjaya kesihatan Wilayah Hubei mengatakan jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Wuhan dan Hubei kekal masing-masing pada 50,005 dan 67,800 pada Jumaat. 

Hubei menyaksikan tujuh kematian baharu, enam daripadanya di Wuhan.
Wilayah itu menyaksikan 561 pesakit sembuh pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenar keluar hospital seramai 58,942 orang.

Antara 5,423 pesakit yang masih dirawat, 406 dalam keadaan kritikal.
-- Bernama

Kredit foto China Daily FB

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »