BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada guru silat positif COVID-19


KUCHING: Dakwaan yang mengatakan 15 peserta Perhimpunan Guru-Guru Rumpun Silat Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2020 didapati positif COVID-19 tular di media sosial adalah berita palsu.

Menurut Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak sehingga 18 Mac 2020 hanya dua kluster sahaja yang positif COVID-19 iaitu mereka yang menghadiri Perhimpunan Keagamaan Ijtimak Seri Petaling Kuala Lumpur dan Sporadik. 

Sehingga semalam (Rabu), sejumlah 50 orang pesakit didapati positif COVID-19 di seluruh Sarawak. 

Sehubungan itu, orang ramai khususnya netizen digesa untuk tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan COVID-19 di media sosial sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan COVID-19 boleh menghubungi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak di talian 082-443991 dan 082-446991. - Edisi UKAS

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »