BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tentera kawal sempadan dan luar bandar



KUCHING: Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan hospital swasta berkaitan dengan pemeriksaan dan ujian terhadap jangkitan COVID-19. 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan telah diadakan dengan Pusat Perubatan Borneo (BMC), Pusat Perubatan Timberland, KPJ dan Pusat Perubatan Pakar Normah. 

"Ini untuk meningkatkan keupayaan kita untuk menangani keadaan ini," katanya pada sidang akhbar hari ini. 

Dalam pada itu katanya, kerajaan mengumumkan penglibatan tentera dengan segera menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di pos sempadan dan kawasan luar bandar.

Menurutnya, semua pintu sempadan akan ditutup dengan segera dan hanya CIQ antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari 6.00 pagi hingga 8.00 pagi.

"Semua CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu. Biawak dan Lubok Antu akan dibuka antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 pagi. Ini adalah sejajar dengan jam pembukaan seperti yang dipersetujui oleh Brunei dan Indonesia.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita yang tidak disahkan dan palsu.

"Pelaku tertakluk kepada hukuman berat mengikut undang-undang yang ada," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »