BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Telco SMS peringatan Covid-19

KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Dalam usaha negara membendung penularan COVID-19, pelbagai pihak dilihat berganding bahu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khususnya dalam menyampaikan maklumat dan khidmat pesanan awam kepada orang ramai.

Penyampaian pesanan khidmat masyarakat itu bukan sahaja menerusi media arus perdana dan media sosial, malah turut melibatkan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada KKM oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan. 
Hari ini, SMS berkaitan rayuan meminta orang awam yang terlibat dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini dihantar beberapa pembekal perkhidmatan telekomunikasi diterima pemilik telefon untuk mereka yang berkenaan tampil menjalani saringan COVID-19.

“RM0. RAYUAN kepada peserta Ijtimak Tabligh yang belum melakukan pemeriksaan, SEGERA hadir ke fasiliti kesihatan atau hubungi pejabat kesihatan berhampiran,” menurut SMS yang diterima hari ini.

Antara maklumat lain turut disalurkan termasuk peringatan amalan kebersihan, tip pencegahan wabak dan senarai gejala wabak COVID-19.
Sebanyak 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes melepasi angka 1,000 iaitu 1,030 kes setakat 12 tengah hari ini di Malaysia.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »