BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tangguh enam bulan pinjaman


KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan penangguhan
pembayaran balik selama enam bulan bagi peminjam Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penangguhan bermula April hingga September etrsebut akan memberi manfaat kepada seramai 144 peminjam SPIKS. 

Menurutnya, program ini akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank.

"Borang permohonan boleh
dimuat turun di laman sesawang kementerian saya, SEDC dan Agrobank atau boleh menghubungi agensi-agensi tersebut. 

"Saya berharap usahawan-usahawan
tempatan akan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak ini," katanya pada sidang media Skim Kredit Mikro Kredit Sarawak hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan skim ini. 

Katanya, Ketua Menteri Sarawak juga bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS). 

"SKMS ini terbahagi kepada dua (2) skim iaitu SKMS I dan SKMS II. Dibawah SKMS 1, ianya menyediakan pinjaman atau pembiayaan dari RM1,000-RM10,000 dengan tanpa kadar faedah/
kadar keuntungan kepada usahawan B40.

"Manakala SKMS II pula akan menyediakan pinjaman atau
pembiayaan dari RM5,000-RM50,000 dengan kadar faedah atau kadar keuntungan sebanyak 4% berdasarkan baki bulanan berkurangan (which more
or less equivalent to 2% effective rate) kepada usahawan mikro dan kecil," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »