BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tanah susur di rumah panjang Bantan

BETONG:Penduduk di rumah panjang Bantan, Sungai Langit, Ulu Layar, di sini, cemas setelah berlaku tanah susur  akibat  hujan yang berterusan di hadapan kediaman mereka awal pagi tadi.

Kejadian jam 4 pagi itu menyebabkan enam bilik rumah panjang yang mempunyai 37 pintu, dihuni 248 penduduk itu termasuk sebuah stor dan dua buah tanju  susur sepanjang 87 kaki  sedalam 40 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 8.20 pagi ini.

"Keadaan ini amat membahayakan penduduk di kawasan tersebut,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pasukan Bomba menasihati penduduk supaya sentiasa berwaspada setiap masa.

 "Jika ada pergerakan tanah hendaklah berpindah ke rumah panjang berdekatan demi keselamatan masing-masing.

"Kita juga telah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JK) Bahagian Betong untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »