BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tanah runtuh di Jalan Ulu Paku.


BETONG: Pergerakan tanah akibat hujan lebat dikawasan yang berisiko berlaku runtuhan tanah sekali lagi dikawasan Jalan Ulu Paku.

Sekitar jam 2 petang berlaku runtuhan tanah sekaligus menutup laluan dan menghalang jalanraya dikawasan menuju ke Sungai Langit, Layar.
Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Betong yang dihubungi bertindak menggerak anggota kelokasi kejadian.

Pegawai Operasi BBP Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu, beliau bersama anggotanya memantau dikawasan terbabit dengan runtuhan tanah.
"Setibanya pasukan Bomba ditempat kejadian mendapati berlakunya runtuhan tanah menyebabkan laluan jalanraya tertimbus oleh tanah dari lereng bukit.  

"Kejadian itu menyebabkan laluan yang menuju ke Sungai Langit 
 merbahaya untuk dilalui," ujar nya.
"Operasi tidak dijalankan oleh pasukan bomba. Sebaliknya menghubungi JKR Bahagian Betong untuk meminta bantuan untuk membuang tanah tersebut mengggunakan jengkaut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »