BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguan Negara


PUTRAJAYA, 6 Mac -- Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Idrus telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah juga telah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.

-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »