BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Taiwan larang kemasukan warga asing

TAIPEI, 18 Mac -- Taiwan melarang semua warga asing memasuki negara ini bermula Khamis, dengan beberapa pengecualian, dalam usaha meningkatkan langkah membendung penularan penyakit novel koronavirus (COVID-19).

Menurut Agensi Berita Pusat (CNA), Menteri Kesihatan dan Ketua Markas Kawalan Epidemik (CECC), Chen Shih-chung, mengumumkan perkara itu pada sidang media, Rabu.

Antara warga asing yang tidak tertakhluk di bawah larangan itu ialah pemegang Alien Resident Certificates (ARCs) atau dokumen yang membuktikan mereka berada di Taiwan untuk tujuan rasmi, diplomatik, urusan perniagaan dan individu yang mempunyai permit khas, kata Menteri Luar Joseph Wu. 

Sementara itu, semua warganegara dan warga asing, memiliki dokumentasi, yang tiba di Taiwan, akan dikuarantin di rumah selama 14 hari, kata Chen.

Wu berkata sekatan terhadap kemasukan ke Taiwan bagi warga asing tertakhluk kepada perubahan berdasarkan arahan CECC.

Pada Selasa, sejumlah 10 kes COVID-19 baharu disahkan di Taiwan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 77 kes.
Sementara itu, 22 daripada 77 pesakit telah pulih dan satu kematian dilaporkan. 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »