BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SPRM terima aduan pemilikan sejumlah wang tunai bekas menteri


KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai disyaki milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan aduan berkenaan, SPRM membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat aduan itu mengikut Akta SPRM 2009.

Sementara itu di PETALING JAYA, polis hari ini mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai di kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata proses mengambil keterangan kesemua individu itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, kira-kira 12 tengah hari ini.

Beliau berkata identiti kesemua mereka yang diambil keterangan tidak boleh didedahkan.

“Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dibuat,” kata Nik Ezanee kepada pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian. 

Semalam, media tempatan melaporkan wang tunai berjumlah kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya di dilaporkan hilang, pada Sabtu lepas.

Laporan media menyebut Ahli Parlimen Muar itu menyedari kehilangan wang tersebut kira-kira 7 malam selepas kali terakhir beliau membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lepas.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »