BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SPM: Sakura teratas di negeri Sarawak


Pengarah Pendidikan Sarawak melahirkan rasa gembira dengan keputusan membanggakan pelajar Sarawak dalam peperiksaan SPM 2019.

Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD berkata pada tahun 2019, seramai 36,021 orang calon di Sarawak telah mendaftar untuk 
menduduki peperiksaan SPM. 

"Daripada 65 mata pelajaran yang diambil oleh calon sekolah negeri Sarawak, 59 (90.77%) mata pelajaran mencapai peratus kelulusan melebihi 80%."

"Daripada jumlah itu, 25 (38.46%) mata pelajaran mencapai kelulusan 100%, 27 (41.54%) mata pelajaran mencapai kelulusan 90 hingga 99.9% sementara 7 (10.77%) mata pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9%."


Dr Azhar berkata sebahagian besar sekolah di Sarawak dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan. 

Sebanyak 2 buah sekolah telah memperoleh pencapaian Cemerlang berbanding hanya sebuah sekolah pada tahun 2018.

34 buah sekolah memperoleh pencapaian Baik dan 146 buah sekolah memperoleh pencapaian Memuaskan iaitu sama dengan pencapaian 2018. 

Manakala, 3 buah sekolah (1.62%) sahaja yang memperoleh Pencapaian Berpotensi.

Pencapaian calon negeri Sarawak dalam SPM 2019 mengatasi atau menyamai 
pencapaian peringkat kebangsaan dalam 41 mata pelajaran. 

Sekolah Menengah yang mencapai gred yang teratas di negeri Sarawak ialah Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan dengan nilai GPS 1.91. 

Ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.04, SMK St Elizabeth, Sibu dengan nilai GPS 
2.42, SMK Sacred Heart, Sibu dengan nilai purata GPS 2.80 dan Kolej Datuk Patinggi 
Abang Haji Abdillah, Kuching dengan nilai GPS 2.83.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »