BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SOP Kepulangan Rakyat Malaysia Kuat Kuasa 3 April 2020

Berikut point penting ketika sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi: 

• Kerajaan membuat keputusan bahawa setiap rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara akan di kuarantin selama 14 harı di Pusat Kuarantin yang telah dikhaskan, berkuat kusa 3 April 2020. 

• Sejurus tiba di lapangan terbang atau pintu laluan darat dan laut, bas akan disediakan untuk membawa mereka ke Pusat Kuarantin dan akan disaring oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
• Bagi mereka yang didapati positif akan terus dihantar ke Hospital. 
• Jika negatif, mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan sekiranya didapati positif dalam tempoh 14 hari, KKM akan mengambil tindakan untuk membawa ke hospital.
• Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) akan memaklumkan SOP ini kepada semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air.
• Dinasihatkan keluarga tidak ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan kerana mereka akan terus ke pusat kuarantin.

PKP Tahap Kedua 1 April 2020

• Memperkenalkan SOP baru yang diperketatkan dan tindakan yang lebih tegas akan dilaksanakan bermula esok.
• Pada 30 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang KETIGA telah dilaksanakan di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur.
• PKPD sebelum ini di Simpang Renggam, Johor dan Hulu Langat, Selangor. 
• PKPD Ketiga ini berikutan 17 kes positif jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni Menara City One. Melibatkan 3200 penghuni di 502 unit bermuda 31 Mac hingga 13 April 2020.

PKP Hari Ke-14

• Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 742 individu di sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan PDRM dan ATM kerana melanggar PKP. Sebelum ini terdapat 828 tangkapan dan merupakan penurunan kadar tangkapan.

• PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengadakan sebanyak 1,547 Sekatan Jalan Raya, dan melakukan pemeriksaan ke atas 383,488 kenderaan. PDRM telah melakukan sebanyak 22, 586 pemeriksaan mengejut.

• Sebanyak 165 individu telah dituduh, enam (6) daripada mereka telah dijatuhi hukuman denda atau penjara. Di Sarawak, hukuman penjara yang dikenakan adalah sebanyak satu (1) hingga empat (4) bulan. 

• ATM akan menggunakan aset untuk membantu penghantaran barangan keperluan asas di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Proses Nyah Cemar

• Semalam juga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan proses nyah cemar di 47 kawasan (23 ZON MERAH dan 24 ZON OREN). 
• Proses nyah cemar dilaksanakan serentak dan akan diteruskan di kawasan-kawasan kritikal lain.

Kawalan Pasar Basah
• Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuann (FAMA) akan mewujudkan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi di seluruh negara dalam waktu terdekat. 
• Lokasi Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal yang telah dikenalpasti merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan Agensi yang bersesuaian.
• Hanya barang basah sahaja dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal. 8 Kategori produk dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal iaitu; Sayur- Sayuran, Buah- Buahan, Ayam, Ikan Daging, Barangan Runcit dan Barangan Asas Tani.
• Pasar Tani terpilih di tapak tidak kekal akan dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, dua kali seminggu.
• Pusat Operasi FAMA, Pasar Tani Kekal, MyFarm outlet dan Pasar Tani Kekal akan beroperasi setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
• FAMA juga akan menjual produk melalui jualan atas talian.
• Langkah pembukaan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal ini diambil untuk memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan di kawasan yang terkawal di mana penjarakan sosial diamalkan. 

Premis Perniagaan Sepanjang Lebuhraya

• Kerajaan ingin memaklumkan pihak pengurusan Lebuhraya PLUS, ANIH, LATAR, MEX, PROLINTAS, KESAS, GRAND SAGA dan GRAND SEPADU telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian sewa kedai selama 6 bulan di kawasan RNR di sepanjang lebuhraya di bawah mereka.
• Kerajaan berterima kasih atas keprihatinan syarikat-syarikat ini, dan berharap ramai lagi akan tampil kehadapan memberi bantuan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »