BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SFC nafi kehilangan Patrick ada kaitan dengan pihaknya

KUCHING:Sarawak Forestry Corporation (SFC) menafikan kehilangan kanak-kanak di ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, di sini, Rabu lalu mempunyai kaitan dengan pihaknya.

Jurucakap SFC berkata, SFC tidak melantik bapa dan datuk mangsa terbabit mengiringi kakitangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan kerja pemasangan papan tanda pada pokok dalam hutan bersebelahan ladang kelapa sawit.

"Kami ingin menjelaskan bahawa SFC tidak melantik kedua-dua bapa dan datuk kanak-kanak  lelaki yang hilang sebagai juru pandu  kami,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pihak SFC mendoakan dan berharap kanak-kanak yang hilang itu dijumpai dalam keadaan selamat.

Dalam kejadian Rabu lalu mangsa,Patrick Igih Anak Mohd. Taufik
berusia 3 tahun 11 bulan, hilang ketika bersama bapa dan datuknya masuk ke dalam kawasan ladang sawit berkenaan.

Memandangkan laluan menuju ke pokok tersebut terpaksa menaiki bukit yang curam, bapa mangsa telah meninggalkan anaknya di sebuah pondok kecil dengan hanya berbekalkan botol susu sebelum mereka meneruskan perjalanan.

Namun sekembali bapanya ke pondok tersebut, mendapati anaknya telah tiada.

Operasi mencari dan menyelamat(SAR) kanak-kanak malang itu masih diteruskan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »