BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekolah daif: Sarawak bayar RM1 bilion



BINTANGOR - Sarawak akan meneruskan pembayaran RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan untuk kerja pembaikan sekolah daif, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata, baki pinjaman sebanyak RM300 juta itu akan dilunaskan pada bulan Jun mengikut perjanjian asal. 


“Kita telah membayar RM700 juta dan kita akan membayar lRM300 juta lagi,” katanya.


Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Abang Amin, Bintangor hari ini. 


Abang Johari menjelaskan bayaran itu akan memberikan manfaat kepada 37 buah sekolah daif termasuk Sekolah Kebangsaan Abang Amin. 



Penambahbaikan di SK Abang Amin melibatkan pembinaan semula bangunan pra-sekolah, kuarters guru dan tandas dengan nilai kontrak sebanyak RM5.2 juta.




Projek yang dilaksanakan oleh JKR Sarawak dijangka siap pada Ogos 2021. 


Manakala sekolah-sekolah lain di bawa inisiatif itu dijangka siap sebelum akhir 2021 dan 2022.

Bagi pembayaran kedua sebanyak RM350 juta yang dibuat awal Februari lalu, Abang Johari berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan melibatkan sekurang-kurangnya 107 buah sekolah.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »