BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekatan penduduk Semenanjung ke Sarawak, Sabah



KUCHING: Semua penduduk dari Semenanjung tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Imigresen Dato Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, begitu juga sebaliknya penduduk di Sabah dan Sarawak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac. 

Beliau berkata, mereka yang telah berada di Sarawak dan Sabah sebelum arahan ini dikeluarkan boleh dibenarkan kembali ke Semenanjung dan begitu juga sebaliknya.

"Suami/isteri dan anak kepada warganegara dibenarkan masuk dengan syarat mempunyai Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (suami/isteri)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perintah kawalan pergerakan akan melibatkan sekatan menyeluruh semua perjalanan warganegara dan penduduk tetap keluar negara dan sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Dalam pada itu katanya, warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang pulang dari luar negara mereka dibenarkan masuk dan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin sendiri.

Katanya, pelawat asing dibenarkan keluar dari Malaysia dan tidak dibenarkan kembali semula sepanjang tempoh sekatan ini berkuat kuasa.

"Semua pemegang pas seperti Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar, Pas Ekspatriat, Oas Tangungan dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang tidak dibenarkan masuk.

"Sekiranya pas tamat tempoh semasa pemegang pas berada di luar negara, mereka dibenarkan kembali semula ke nagara ini selepas tempph perintah kawalan pergerakan ini berakhir.

"Warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang bertujuan keluar negara atas tujuan melancong adalah tidak dibenarkan keluar," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »