BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Saya bukan pengkhianat - Muhyiddin


SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan beliau sedar pelantikannya sebagai Perdana Menteri kelapan bukanlah melalui pilihan raya.

Bagaimanapun katanya, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia," katanya  dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam ini.

Mengulas lanjut, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dalam perkembangan politik yang berlaku mutakhir ini, beliau tidak berniat untuk mencetuskan konfrontasi dengan sesiapa.

"Saya tidak idam jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya.

Tambah Muhyiddin, beliau dan ahli Dewan Rakyat sememangnya memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri namun malangnya Dr Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan.

"Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?

"Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan," jelas Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri sudah memberikan laluan kepadanya sekiranya mendapat sokongan majoriti.

"Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.

"Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik, saya bukan pengkhianat," kata Muhyiddin.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »