BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak penyelamat keadaan kucar-kacir

KUCHING : Sarawak membuat keputusan memihak kepada Perikatan Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) sebagai penyelamat kemelut politik selama seminggu yang membelenggu negara.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, sehubungan itu keutamaan GPS adalah ingin menyelamatkan Malaysia daripada kucar-kacir.

“Hari ini setidak-tidaknya orang menghormati kepimpinan politik Sarawak yang tidak beremosi. Dahulu orang mempersoalkan mengapa keluar dari BN.. hari ini, Sarawak bersuara. Kalau tidak ada orang Sarawak, mungkin negara masih kucar kacir.

"Saya tidak peduli apa orang kata kerana keutamaan GPS hanya hendak menyelamatkan Malaysia daripada terus bergolak," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Gagasan Ummah Gemilang hari ini.

Keputusan Pengerusi GPS sebelum ini mendapat kecaman segelintir pihak terutamanya DAP Sarawak yang merupakan salah satu parti dalam PH.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa keputusan GPS tidak sewajarnya berlaku kerana menyokong kerajaan pintu belakang.

Abang Johari berkata, Sarawak telah menentukan jawatan Perdana Menteri kelapan untuk menyelamatkan Malaysia meskipun tiada kaitan dengan kemelut politik melanda di peringkat Persekutuan.

"GPS memilih dengan memberi keutamaan kepada Malaysia bukannya ingin berebut kuasa," ujarnya.

Dalam perkara lain ketika berucap di majlis yang sama, Abang Johari berkata, masyarakat Islam harus menguasai bidang pendidikan agar dapat menjadi masyarakat yang maju menjelang 2030.

Katannya, mereka harus mendalami bidang teknologi selain menanam sifat integriti dan semangat perpaduan yang tinggi sesama kaum.

Foto TV Sarawak

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »