BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak larang keluar daerah

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak tidak membenarkan pergerakan di antara daerah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagaimanapun pengecualian hanya bagi kes-kes kecemasan melalui daerah masing-masing.

“Surat kebenaran ini boleh dimohon dekat Pejabat Residen berhampiran,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilanjutkan kepada 14 April bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, JPBN Sarawak mengeluarkan arahan mempertingkatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baharu di mana tiada operasi premis dijalankan dari jam 7 malam hingga 7 pagi.

Sementara itu, Polis Sarawak menangkap 67 individu degil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan jumlah keseluruhan 229 setakat ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mereka ditangkap dalam operasi PKP yang dilaksanakan sejak 8 pagi semalam hingga 8 pagi ini.

Sibu mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 orang diikuti Miri - 12 orang, Kota Samarahan - 12 orang), Bintulu - 7, Padawan - 6, Kuching -5, Lawas - 4, Saratok -3, Betong -2 , Serian - 1 dan Marudi -1 kesemua yang ditahan dalam tempoh 24 jam sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan dirakam dan menunggu untuk didakwa di mahkamah.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

"Jika disabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »