BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak cadang tutup semua sekolah hingga 29 Mac

KUCHING: Sarawak merekodkan 34 kes positif COVID-19 dalam tempoh tiga hari.

Daripada jumlah tersebut 29 kes adalah kes import.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana dalam kenyataan media berkata, kerajaan telah membuat langkah-langkah kawalan berikut untuk mengelak peningkatan COVID-19.

Katanya, semua semua pelawat (asing dan domestik) yang masuk ke Sarawak dan pulang ke Sarawak, akan dikuarantin selama 14 hari (Stay Home Notice).

“Ini termasuk penduduk Sarawak, pemegang pas jangka panjang dan jangka pendek. Ia akan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak membatal atau menangguhkan program rasmi melibatkan lebih daripada 50 orang sehingga notis selanjutnya.

Katanya semua Tabika, Taska dan Sekolah Tahfiz di Sarawak, diarahkan untuk ditutup selama dua (2) minggu, berkuat kuasa esok, 17 Mac.

”Institusi Pengajian Tinggi, baik kerajaan dan swasta, akan menangguhkan sesi akademik mereka dalam masa dua (2) minggu, berkuatkuasa esok, 17 Mac,” katanya.

Katanya, semua sekolah dinasihatkan untuk melanjutkan cuti sekolah untuk satu minggu lagi (sehingga 29 Mac 2020).

Beliau berkata, semua kemudahan sukan awam termasuk kolam renang, stadium dan gimnasium ditutup esok, 17 Mac 2020 sehingga notis selanjutnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »