BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak kenal empat individu sertai itjimak tabligh di Sulawesi

KUCHING, 21 Mac -- Kerajaan Negeri Sarawak sudah mengenal pasti identiti empat lelaki dari negeri itu yang menyertai perhimpunan Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia dan sedang melakukan usaha untuk mengesan mereka.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata pihak berkuasa sedang memantau semua pintu masuk di sempadan Sarawak-Kalimantan untuk mengesan sama ada mereka telah pulang ke Sarawak.

“Kita cuma risau jika mereka cuba memasuki Sarawak melalui jalan tikus kerana mereka harus menjalani prosedur biasa seperti saringan dan kuarantin selama 14 hari untuk memastikan mereka bebas COVID-19.

“Kita tidak dapat melarang mereka berempat keluar dari Sarawak sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan itu diisytiharkan pada 18 Mac manakala mereka keluar dari Sarawak pada 16 Mac,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pusat pentadbiran negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.
 
Masing berkata keempat-empat lelaki dibenarkan pulang ke Sarawak tetapi mereka harus mematuhi segala arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia.

“Kami percaya mereka masih berada di Indonesia dan mungkin di Kalimantan,” katanya yang enggan mendedahkan nama serta umur kesemua lelaki berkenaan.

Media melaporkan bahawa acara perhimpunan Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia itu membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dan dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac.

Bagaimanupun, penganjur dilaporkan membatalkan perhimpunan itu berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »