BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lima lagi kes positif COVID-19


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan pertambahan lima lagi kes positif COVID-
19 menjadikan jumlah keseluruhan 50 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, lima kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak (2), Hospital Sibu (2) dan Hospital Bintulu (1).

"Pada hari ini sebanyak 115 kes baru Person Under Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 yang dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 655 kes," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 285 kes adalah negatif dan 320 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Katanya, mereka yang merupakan kontak rapat (close contact) dengan kes positif 
COVID-19 diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian terdekat 
bagi memaklumkan status kesihatan masing-masing.

"Ujian pengesahan hanya akan dijalankan ke atas kontak rapat yang bergejala setelah penilaian dibuat oleh pengamal perubatan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »