BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak catat dua kes kematian

 
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan dua kes kematian baharu dari Covid-19 menjadikan tiga kes setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, mangsa adalah seorang wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya yang berumur 40 tahun.

"Kedua-duanya adalah dari Kuching. Ibunya meninggal dunia di pusat perubatan swasta di sini pada pukul 2.00 pagi pada 18 Mac manakala anak perempuannya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak hari ini pada jam 1.00 petang," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, seorang lagi ahli keluarga yang didapati positif Covid-19 masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.

"Sumber jangkitan mereka masih disiasat. Kematian pertama negara dicatatkan pada 13 Mac lalu juga di Kuching," katanya.

Beliau berkata, kelewatan dalam melaporkan kematian wanita itu adalah kerana pusat perubatan swasta di mana mangsa ditahan terpaksa menunggu hasil ujian daripada makmal di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 10 kes positif baru Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan 68 kes sejak 13 Mac lalu.

Katanya, lima kes di Hospital Sibu, tiga di Hospital Umum Umum Sarawak (termasuk wanita yang meninggal dunia hari ini) dan dua orang di Bintulu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »