BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Peranti kesan subjek kuarantin


KUCHING: Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengesan pelanggar arahan kuarantin. 

Jawatankuasa itu dalam kenyataan berkata Digital Tracking itu digunakan untuk mengesan sesiapa yang telah dikenalpasti untuk menjalankan kuarantin di rumah. 

Perintah pengawasan dan pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan 2019- Novel Coronavirus di bawah seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kegagalan mematuhi perintah ini, sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawaj Seksyen 24, Akta 342. 

SMA juga diminta membuat Digital Mapping untuk mengenalpasti hotspot jangkitan COVID-19. 

"Perkara ini adalah membantu mereka untuk mematuhi syarat-syarat Kuarantin yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan daripada COVID-19 
ini dari terus merebak," katanya.

Selain itu, semua rangkaian supermarket ditutup pada jam 8 malam berkuatkuasa esok.

Penutupan termasuk semua pengusaha kedai makanan segera (KFC, Pizza 
Hut, Sugar Bun, Mc Donald termasuk Pandu Lalu. 

Semua kedai serbaneka seperti 7 eleven, KK Mart dan Stesen Minyak beroperasi seperti biasa. 

Arahan ini berkuatkuasa bermula 21 Mac 2020.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »