BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah pekerja di Jalan Medamit terbakar

LIMBANG: Sebuah rumah pekerja terbakar di Jalan Medamit, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja bengkel kilang batu satu tingkat, jenis tidak kekal berukuran 30 x 40 kaki persegi," katanya di sini hari ini.
Katanya, seramai tujuh pekerja tinggal di rumah pekerja yang mempunyai tiga bilik itu.

"Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan," ujarnya.

Katanya, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak menerima panggilan melalui MERS 999 memaklumkan berlaku kebakaran rumah kediaman dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi.

"Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah pekerja lain berdekatan.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 9.19 malam,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »