BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pusat kuarantin Covid-19 Betong hampir siap - Uggah

KUCHING, 29 Mac -- Sebuah pusat kuarantin besar yang dibina di Pusat Sumber Pembangunan Luar Bandar di Layar, Betong kini hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

 Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, melawat Betong untuk melakukan pemeriksaan di pusat itu yang mampu menempatkan sehingga 24 orang pada satu-satu masa, dengan persiapan dilakukan Hospital Betong.

‘’Para pekerja sebuah syarikat swasta sedang melakukan sentuhan akhir di pusat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika lawatan itu, Uggah diiringi Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat; Ahli Dewan Undangan Negeri Layar, Gerald Rentap Jabu dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Rapu.

‘’Pusat itu juga terletak di lokasi yang bagus kerana jauh dari kawasan berpenduduk,’ kata Uggah.

Uggah juga menyerahkan 1,200 keping penutup mulut dan hidung kepada Hospital Betong dan daerah kecil Debak untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan COVID-19.

Betong mencatatkan lapan kes positif COVID-19, empat daripadanya berasal dari Kedah, seorang dari Kuala Lumpur dan tiga kes penduduk tempatan yang kini dirawat di Hospital Sibu, manakala 21 lagi kes pesakit dalam siasatan (PUI).
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »