BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Program derma darah tampung bekalan darah

 
BINTULU: Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu mengadakan program derma darah untuk membantu kekurangan bekalan darah di Hospital Bintulu.

Sebagai agensi kerajaan dan “frontliners” yang sentiasa sedia berkhidmat untuk negara, anggota Maritim Malaysia turut serta menyumbang bakti dengan menderma darah untuk kepentingan rakyat. 
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, langkah ini diambil bagi membantu pihak Unit Transfusi Darah Hospital Bintulu untuk mengatasi masalah penurunan bekalan simpanan darah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Menurutnya, langkah-langkah keselamatan dan kesedaran COVID-19 telah dititik beratkan  semasa berlangsungnya program ini bagi mengurangkan risiko penularan wabak.
"Saringan kesihatan dilakukan oleh petugas kesihatan terhadap anggota yang hadir sebelum proses derma darah dilakukan dan amalan penjarakan sosial (social distancing) sentiasa diamalkan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Shahref lagi, dengan adanya program seperti ini, pihak Maritim Malaysia berharap dapat membantu pihak hospital dalam meningkatkan simpanan darah sekaligus mampu menyelamatkan nyawa insan lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Kata Shahref, seluruh rakyat Malaysia terutamanya komuniti Maritim di Bintulu dinasihatkan untuk sentiasa berada di dalam rumah masing bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan sentiasa menjaga kebersihan. 

"Zon Maritim Bintulu berharap komuniti maritim terutamanya di daerah Bintulu agar mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan dan mematuhi semua arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia disepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini dikuatkuasa," katanya. 

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan kemalangan di laut secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu ditalian 086-314 254.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »