BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis mohon orang ramai tampil sebagai saksi

KUCHING:Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mohon bantuan orang ramai untuk tampil sebagai saksi bagi satu kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 2 Mac lalu, jam 1.15 petang di Jalan Ong Tiang Swee, berhadapan Sekolah Kebangsaan(SK) Jalan Ong Tiang Swee.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DSP Heffear William Awet berkata,kemalangan tersebut melibatkan kenderaan jenis Nissan X-Trail dengan seorang pejalan kaki.

"Kemalangan berlaku apabila pejalan kaki tersebut dilanggar dari sebelah kiri oleh kenderaan Nissan X-Trail ketika melintas jalan di lintasan pejalan kaki.

"Ini menyebabkan mangsa mengalami kecederaan patah tangan kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu,katanya,polis menyeru orang ramai atau saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuching, Inspektor Ardy Azwin Jamain ditalian 016-812 9617 untuk membantu sisatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »