BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Polis buru perompak guna uniform RELA


TAIPING, 6 Mac (Bernama) -- Polis memburu dua lelaki yang memakai uniform anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas di Pokok Asam, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum masuk ke dalam kedai dan memecahkan cermin pameran dengan menggunakan kapak sebelum melarikan sejumlah barang kemas.

Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai emas terbabit manakala pemiliknya berada di bilik belakang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bukan anggota Rela dan barang kemas yang dilarikan hanya daripada perak, katanya.

-- BERNAMA 

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »