BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PM jelaskan mengapa 14 hari

PUTRAJAYA: Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu? 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. 

"Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan 
berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai 
simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan 
Malaysia bebas dari COVID-19," katanya.

Beliau berkata, jika dalam tempoh ini, belum berjaya sepenuhnya,  kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Sehubungan itu katanya, adalah bagi semua rakyat untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.

"Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau
saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat
awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.

"Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya
anakanak kita tidak perlu pergi ke sekolah.

"Jadi mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID19.

"Saudara-saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya
saudarasaudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin
membawa virus ini. Inilah tujuannya.

"Tetapi jika saudara-saudari masih bergerak ke sana sini, kemungkinan
saudara-saudari bersentuhan dengan orang lain dan mendapat jangkitan
wabak ini adalah tinggi. Jadi, tolonglah. Saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »