BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pihak berkuasa ronda Betong, Spaoh, Debak dan Pusa


BETONG: Sikap sambil lewa penduduk yang tidak mematuhi arahan boleh membawa kegagalan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)  yang dikuatkuasa mulai hari ini hingga 31 Mac akan datang.

Pihak penguatkuasa Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong bersama Penguatkuasa Majlis Daerah Betong (MDB) dan PDRM Betong bertindak melakukan pemeriksaan di beberapa premis di sekitar Betong, Spaoh, Debak dan Pusa hari ini. 

Hasil pemeriksaan, masih terdapat beberapa buah premis yang beroperasi seperti biasa dengan menyediakan jualan kepada pelanggan.

Dalam pada itu peniaga dan premis makanan di kawasan terbabit yang beroperasi penuh telah dinasihatkan  untuk  tidak menyediakan kerusi meja kepada orang awam.

Walau bagaimanapun premis restoran dan gerai makanan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. 

Pelanggan hanya dibenarkan menempah makanan bungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.


Peniaga juga diingatkan untuk sentiasa peka dengan arahan yang dikuatkuasa bagi membendung sebarang penularan wabak COVID-19.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »