BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PGA rampas lebih 3.2 tan daun ketum


PADANG BESAR, 31 Mac -- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 3.2 tan daun ketum bernilai RM97,200 dalam Op Wawasan Kedah/Perlis di sebuah rumah di Kampung Kolam dekat sini, semalam.

Komander Briged Utara PGA, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan hari ini, berkata dalam operasi kira-kira 11 malam itu, polis menemukan 78 guni berisi daun ketum di dalam rumah itu.

“Pemeriksaan dalam sebuah kereta turut menemukan 30 guni daun ketum,” katanya.
Abdul Ghani berkata kesemua 108 guni daun ketum dan kenderaan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Katanya tiada tangkapan suspek dilakukan dalam operasi itu.
-- Bernama

Foto: Gambar hiasan 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »