BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Petani maut kemalangan

KAPIT:Seorang petani maut setelah motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Melekun Nanga Mujong, berhampiran jambatan Nanga Sut, di sini,pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu,mangsa dikenali Henry Lijau, 50, dari Rumah Tujang, Nanga Usun Balleh maut doli lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,ketika kejadian itu mangsa 
dipercayai dalam perjalanan ke pasar Kapit.

"Ketika di tempat kejadian motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas ke bahu sebelah kanan jalan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital Kapit untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »