BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Perkara Penting - PKP Tahap 2 bermula 1 April 2020


Berikut point penting ketika sidang media Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato Seri Ismail Sabri pada Hari Ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa : 

PKP Tahap 2


• Kerajaan telah membuat pertimbangan untuk mempertingkatkan SOP PKP Tahap 2 yang akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020. 

• PKP Tahap 2 ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.

Antara yang diputuskan hari ini:

• Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

• Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam

• Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

• Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

• Waktu operasi pengangkutan awam dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.

• Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan Teksi.

• Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.

• Pengangkutan komersil melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.

• Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. Kelonggaran akan diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan. 

• Pada 29 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang kedua telah dilaksanakan di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Ini berikutan 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah.

• Semalam (Ahad), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 828 individu di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana melanggar PKP.

• PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mengadakan sebanyak 1,520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan lebih 257,287 kenderaan. 

• Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol.

• Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774.

Harga Topeng Muka

• Kerajaan telah memutuskan harga siling topeng muka iaitu RM1.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan harga siling baru ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »