BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pergerakan dihad, pejabat kerajaan, premis perniagaan diarah tutup


KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil tindakan tegas membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, antara langkah drastik tersebut ialah mengehadkan pergerakan orang awam. 

Arahan ini selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta Polis 1967 berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac.

Katanya, antara langkah ialah pejabat kerajaan ditutup mulai tarikh tersebut serta hanya jabatan dan agensi kerajaan yang essential services sahaja dibenarkan operasi.

"Premis-premis perniagaan termasuk kilang ditutup selama dua minggu kecuali premis perniagaan yang menjalankan Esentyial Services. 

"Hanya kilang-kilang di Samalaju, Hi-Tecgh Samajaya dan kilang-kilang papan lapis dibenarkan beroperasi dengan kakitangan yang minima sahaja," katanya dalam sidang akhbar khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri malam ini.

Beliau berkata, restoran dan kedai makan masih boleh dibuka tetapi orang ramai tidak dibenar untuk makan/minum di dalam premis tersebut.

Katanya, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian dan mendapatkan barangan/perkhidmatan yang penting sahaja.

Tegasnya, mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »