BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penunggang motosikal maut tercampak

KUCHING: Penunggang motosikal maut dalam kejadian kemalangan di Simpang Lorong 6, Taman Malihah Matang malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam tersebut, motosikal mangsa tercampak ke bahu jalan apabila berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhasaan berkata, mangsa dikenali Jeremy Samuek ak Joseph, 20 menunggang motosikal jenis Yamaha SRX bergerak dari arah Taman Malihah Matang menuju ke arah Kampung Kudei.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang masuk ke simpang Lorong 6, Taman Malihah Matang dari arah Kuching.

Katanya, mangsa dihantar ke hospital menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak oleh pegawai perubatan. 

Post mortem dijalankan pada hari ini di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak.

Kes masih dalam siasatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »