BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penumpang batuk balik dari China negatif Covid-19

 

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengambil maklum berkaitan pesanan ringkas dan screenshot emel CPRC Jabatan Kesihatan Sarawak kepada Pusat Kawalan Operasi, AirAsia Berhad pada 26 Februari lalu berhubung permohonan butiran penerbangan AK5651 yang telah tular di laman sosial.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, pihaknya bersama pihak Air Asia Berhad akan melakukan penyiasatan berkaitan perkara ini.

Menurutnya, seorang penumpang penerbangan AK5651 dari Kuala Lumpur (KLIA2) ke Miri, Sarawak dikesan mengalami batuk semasa saringan kesihatan oleh anggota kesihatan di Lapangan Terbang Miri pada jam 12:07 petang, 26 Februari 2020.

"Penumpang ini merupakan seorang rakyat Malaysia yang baharu pulang dari negara China.

"Mangsa telah dimasukkan ke wad isolasi, Hospital Miri pada hari yang sama dan dirawat sebagai Person Under Investigation (PUI) bagi jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

"Lanjutan daripada itu, siasatan makmal untuk ujian saringan dan ujian ulangan bagi Covid didapati negatif dan beliau telah didiscaj pada 2 Mac 2020 tetapi masih di bawah Home Surveillance selama 14 hari," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, adalah menjadi ketetapan biasa untuk pihak CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menghubungi syarikat penerbangan bagi mendapatkan senarai dan butiran penumpang dan krew pesawat yang disyaki berkemungkinan telah dijangkiti apa-apa penyakit berjangkit termasuk Covid-19 bagi tujuan tindakan kesiapsiagaan dalam pengawalan dan pencegahan penularan penyakit tersebut.


Dalam pada itu, pihaknya menegaskan tiada kes disahkan dijangkiti COVID-19 di Sarawak setakat ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »