BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penjual ikan temui mayat tepi jeraya

BINTANGOR: Penjual ikan terkejut menjumpai mayat lelaki tidak dikenali di tepi jalan simpang Tanjung Manis - Daro berdekatan dengan Jambatan Stubah, Bintangor,pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu,pada mulanya Mohd Sofie Bujang, 43, menyangka lelaki itu hanya mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan.

Setelah didekati dia terkejut mendapati mangsa sudah meninggal dunia, lalu memaklumkan pihak polis Tanjung Manis memaklumkan penemuan mayat berkenaan.


Ketua Polis Daerah Bintangor, DSP Sekam Anoi berkata, siasatan awal mendapati mangsa luka bahagian atas kepala dan patah di pengelangan tangan dan siku. 

"Mayat mempunyai tatu dalam bahasa Thailand di lengannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »