BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penjara dua tahun langgar Perintah Kawalan Pergerakan



PUTRAJAYA: Hukuman penjara bakal dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kesalahan pertama, individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan yang berterusan, individu berkenaan akan didenda RM200 bagi tiap-tiap kesalahan berterusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Adham berkata, kesalahan berkenaan boleh disabitkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Menurutnya, orang ramai perlu bertanggungjawab dan menjalankan peranan masing-masing bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »