BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Peniaga degil, diarah tutup kedai


KUCHING: Masih ramai peniaga degil membuka kedai di India Street pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka akur apabila Ketua Balai Sentral ASP Ahmad Abang mengetuai operasi mengarahkan pemilik kedai menutup kedai serta merta.
Dalam operasi tersebut, polis mengadakan operasi dan menasihatkan semua peniaga yang masih membuka kedai supaya menutup kedai.

Malam tadi, Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar berkata, Kerajaan Sarawak mengambil tindakan tegas membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Beliau berkaya, antara langkah drastik tersebut ialah mengehadkan pergerakan orang awam selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan Akta Polis 1967 berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac.

Katanya, antara langkah ialah premis-premis perniagaan termasuk kilang ditutup selama dua minggu kecuali premis perniagaan yang menjalankan Esentyial Services. 
"Hanya kilang-kilang di Samalaju, Hi-Tecgh Samajaya dan kilang-kilang papan lapis dibenarkan beroperasi dengan kakitangan yang minima sahaja," katanya.

Beliau berkata, restoran dan kedai makan masih boleh dibuka tetapi orang ramai tidak dibenar untuk makan/minum di dalam premis tersebut.

Katanya, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian dan mendapatkan barangan/perkhidmatan yang penting sahaja.

Tegasnya, mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »