BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penguatkuasa KDN maut kemalangan


KUCHING:Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) maut setelah motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas dan naik ke atas bahu jalan seterusnya melanggar tiang lampu isyarat di Jalan Lapangan Terbang,terbang di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.15 malam itu,mangsa yang maut dikenali Steven Kana,43,beralamat di Taman BDC Stampin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R25 
bergerak lurus di Jalan Lapangan Terbang dari arah BDC Kuching ingin menuju ke arah Kuching Central seorang diri.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah berpunca dari penunggang motosikal  yang dipercayai telah menunggang dengan laju sehingga hilang kawalan dan terbabas,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa telah disahkan meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak jam 1.40 pagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »