BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pekerja kedai makanan didakwa cuba bunuh tentera

MELAKA, 31 Mac (Bernama) -- Seorang pekerja kedai makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, minggu lepas.

Mohd Haiqal Hamdan, 25, didakwa telah cuba membunuh Alexson Anak Franky, 21, dengan melanggar menggunakan kereta jenis Proton Gen 2 warna merah hingga mangsa cedera paha kiri dan kanan yang mungkin menyebabkan kematian di hadapan pintu pengawal Kem Terendak, Sungai Udang di sini, pada 4.30 petang, 23 Mac lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diperiksa pegawai polis di Jalan Klebang Kecil di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan Mohd Haiqal diikat jamin RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu ibunya perlu menjadi penjamin. 

Mahkamah menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh diwakili peguam, S. S. Amritpal Singh.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »