BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pejalan kaki maut selepas 7 jam terima rawatan

SIBU: Seorang pejalan kaki maut setelah dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda(4WD) di Jalan Wong King Huo, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu,lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan dikejarkan ke hospital Sibu bagi mendapat rawatan.

Bagaiamanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.16 malam tadi oleh pihak hospital.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, usaha sedang dibuat utk mengesan dan mengenal pasti si mati.

"Terdapat suntikan BCG di lengan dan disyaki orang tempatan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Land Cruiser yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun bergerak dari arah Jalan Salim menuju ke Pusat Bandar melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »