BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pandai pandai jual nama

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menegaskan Pengurusan Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri tidak pernah mewakilkan sesiapa untuk mengutip sumbangan atau derma.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dalam kenyataan media berkata, infografik yang tular di media sosial mengenai permohonan 'Bantuan Bekalan Makanan Petugas Hospital dan Pusat Kuarantin' oleh beberapa penubuhan bukan kerajaan, organisasi mahupun orang persendirian telah mengundang kekeliruan dan pelbagai persepsi orang awam.

Menurutnya, semua pihak yang ingin mengadakan sumbangan atau dana daripada orang ramai diminta untuk sentiasa mengikut prosedur yang betul.

Katanya, ia termasuk mendapatkan permit daripada pihak berkuasa

"JKNS menegaskan kedua-dua hospital, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri tidak pernah mewakilkan sesiapa ataupun mana-mana pihak untuk mengutip sumbangan atau derma bagi pihak hospital,” jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »