BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Organ dalaman, kaki kanan mangsa dibaham buaya ditemui


SARIKEI: Organ dalaman dan kaki kanan warga emas yang dibaham buaya ketika mengambil umbut apong di sungai Mekam-Sare, Jakar, di sini, ditemui pagi ini.

Pihak Bomba dan penduduk kampung telah menjumpai bahagian organ dalaman dan kaki kanan mangsa di tebing sungai Mekam di jarak 1 kilometer dari lubuk buaya pada jam 11.02 pagi.
Ia disusuli penemuan kedua bahagian organ dalaman mangsa iaitu jantung yang dijumpai oleh penduduk kampung timbul di permukaan air pada jam 11.09 pagi.

Bahagian organ dalaman dan kaki kanan mangsa yang telah dijumpai dalam OPS SAR yang memasuki hari kedua diserahkan kepada pihak Polis untuk dibawa ke hospital pada jam 11.40 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, operasi SAR mencari bahagian anggota badan yang lain mangsa masih diteruskan.

"Lokasi kejadian dan pencarian merupakan lubuk buaya,"katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Lingai ak Rabong, 78.

Penduduk kampung melihat buaya timbul di permukaan sungai sambil mengheret mangsa menuju ke tengah sungai Mekam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa membabitkan pihak polis dan penduduk kampung.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »